CIKGU HANEY
Welcome to my blog...
Sunday, 23 May 2021
Saturday, 22 May 2021
Thursday, 18 July 2019
Pengalaman Menyertai Aktiviti Gotong-royong.
Pada minggu lepas sekolah
kami telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah. Gotong-royong
diadakan bersempena kedatangan pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Setiu
pada minggu ini.
Tepat pada pukul
lapan pagi, murid-murid dan warga sekolah sudah berkumpul di tapak perhimpunan.
Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkes. Peralatan ini digunakan
untuk menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.Sebelum aktiviti bermula, guru
besar telah menyampaikan ucapan ringkas dan taklimat mengenai aktiviti
gotong-royong.
Kami dibahagi-bahagi
kepada beberapa kumpuian kecil. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah
mencuci longkang,mengecat,menyapu,mengelap tingkap,memotong rumput dan
sebagainya. Kumpulan-kumpulan kecil ini memudahkan kerja-kerja gotong-royong
dijalankan dengan lebih teratur.
Pada masa yang sama,
guru-guru wanita sibuk menyediakan makanan dan minuman di pekarangan sekolah.
Pelbagai jenis juadah seperti mi goreng, nasi tomato, dan kari ayam disediakan.
Mereka bersatu hati menjayakan program gotong-royong ini.
Pada pukul 11.30
pagi, semua kerja pembersihan telah pun selesai. Ibu bapa dan guru telah
berkumpul semula di kantin untuk berehat dan menjamu selera. Walaupun
tampak letih tetapi semangat kerjasama, . kemesraan dan suasana muhibah telah
terjalin antara guru-guru dan murid-murid yang terlibat menjayakan
gotong-royong.
Aktiviti
gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti yang mampu menjalin ikatan
silaturahim . Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni juga dapat
dipraktikkan. Malahan, semangat hormati-menghormati dalam kalangan
warga sekolah dapat diperkasakan
Saturday, 19 January 2019
SELAMAT DATANG 2K19
Lama tak bersiaran...in sha Allah tahun ini akan cuba sebanyak mungkin update post
Thursday, 26 July 2018
Faedah-faedah Membaca
Faedah-faedah Membaca
Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.
Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.
Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung".
Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.
Dengan membaca juga masa digunakan dengan bijak. Apabila kita membaca kita tidaka akan melakukan perkara yang tidak berfaedah atau bercampur dengan rakan-rakan lain. Dengan itu masa dapat digunakan kearah yang lebih baik.
Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum
Faedah Menyertai
Kegiatan Kokurikulum
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat
banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah
aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua
pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesamakita.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Tuesday, 10 April 2018
ISI PENTING BMC
Cara Menjaga
Kesihatan Diri
1.
Mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
2.
Sentiasa memakai pakaian yang bersih
3.
Membuat senaman bagi mengeluarkan peluh.Ini boleh
melancarkan perjalanan darah dalam badan
4.
Makan makanan seimbang
5.
Minuman dimasak supaya selamat daripada kuman
Cara-cara untuk Menjadi Pelajar Cemerlang/ Menceritakan tentang
Rahsia Kejayaan dalam UPSR
1.
Mempunyai dan mematuhi jadual waktu belajar
2.
Banyak membaca dan
merujuk
3.
Selalu membuat ulangkaji
4.
Banyak membuat latihan
5.
Menumpukan perhatian sepenuhnya ketika belajar
6.
Rajin bertanya jika
bermasalah
7.
Belajar berkumpulan bersama rakan-rakan
8.
Sentiasa membina sikap diri yang positif- rajin,
tabah, bersemangat, bersungguh- sungguh.
Cara
Mengurangkan/Mengatasi salah Laku/ Masalah Disiplin Pelajar
1.
Kawalan ibu bapa/sekolah/masyarakat
2.
Banyakkan aktiviti
kokurikulum
3.
Beri didikan agama
secukupnya
4.
Wujudkan keluarga
penyayang
5.
Peranan media-melalui iklan/kempen dsb
6.
Pennerapan nilai-nilai murni dalam pelajaran
7.
Ketatkan peraturan yang sedia ada
8.
Menyertai program motivasi diri
Faedah Kelas Tambahan Di Sekolah
1. Mendapat lebih
banyak maklumat – waktu persekolahan biasa terhad
2.
Mengukuhkan pemahaman tentang sesuatu pelajaran
3.
Suasana pembelajaran lebih selesa – kurang gangguan,
pakaian sukan, boleh berbincang
4.
Peluang berjaya lebih cerah – latihan banyak,
pendedahan tentang teknik menjawab pun banyak
5.
Jimat wang – bayaran yang rendah
Faedah daripada
Aktiviti Kokurikulum
1.
Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
2. Menambah ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam pelajaran – melalui aktiviti persatuan
3. Meningkatkan
kemahiran dalam sukan – permainan
4. Memupuk/membentuk
nilai-nilai murni – kepimpinan,bantu-membantu,bekerjasama
5.
Murid aktif kokurikulum – mudah ke sekolah barasrama penuh
6.
melahirkan murid yang seimbang perkembangannya dari
segi mental, jasmani dan emosi
Faedah
Komputer
1. Mudah memproses
maklumat – boleh dikeluarkan semula
apabila dikehendaki
2. Murid boleh
belajar sendiri di rumah – menggunakan komputer
3. Mudah mendapatkan
maklumat – melalui internet – tidak perlu baca banyak buku
4.
Senang berhubung – mel elektronik(email)
5.
Mendapatkan hiburan
-
terdapat permainan
komputer
-
boleh tonton cerita/filem
6. Terhindar daripada
kegiatan tidak sihat – keluar rumah,bercampur budak nakal
7. meluaskan
ilmu pengetahuan Hari Kanak-Kanak
1.
Perhimpunan khas – ucapan dan penerangan tentang
sambutan Hari kanak- Kanak
2.
Permainan/sukaneka
3.
Penyampaian anugerah kapada kanak- kanak yang
berjasa/berakhlak mulia / miskin/yatim
4.
Pertandingan nyanyian lagu kanak-kanak/ bercerita
Sambutan Hari
Guru
1.
Ucapan Menteri pendidikan,Pengarah Pendidikan
Negeri, Guru Besar dan wakil murid
2.
Penyampaian hadiah/anugerah kepada guru
cemerlang/contoh
3.
Sukaneka/permainan melibatkan guru dan murid
4.
Persembahan daripada murid khas untuk guru
5.
Jamuan
Hari Ucapan dan
Penyampaian Hadiah
1.
Murid berkumpul di
dewan
2.
Ramai tetamu hadir – ibu bapa dan para jemputan khas
3.
Upacara perasmian disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri
4.
Penyampaian hadiah kepada murid cemerlang –
akademik, kokurikulum & sahsiah (perlakuan)
5.
Persembahan murid
6.
Jamuan dan bersurai Sukan Tahunan Sekolah
1.
Menyatakan tarikh, masa dan tempat diadakan sukan tahunan
2.
Suasana meriah – ibu bapa, tetamu khas yang hadir
3.
Perbagai acara sukan diadakan.Terbahagi kepada- acara balapan, sukaneka,
4.
4 rumah bertanding, rumah biru menjadi johan – dapat piala pusingan
5.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh tetamu –
tetamu khas
Faedah Bersukan
1. Badan mengeluarkan
peluh – menyihatkan badan
2.
Selepas bersenam,tubuh cergas, minda cerdas
3.
Memupuk sikap bekerjasama dalam suatu pasukan untuk
mencapai kemenangan
4.
Boleh meningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang sukan yang diminati Contoh- bola
sepak
5.
Mudah mendapat pekerjaan sekiranya kita berkemahiran
tinggi dalam suatu bidang sukan
Pentingnya
Berjimat Cermat Ketika Berbelanja/ Faedah Menabung
1. Berlatih tidak
boros – beli yang penting sahaja
2.
Boleh menabung – lama-lama menjadi banyak
–simpan di bank
3. Melatih diri
berdikari – tidak menyusahkan ibu bapa
untuk membeli sesuatu
4. menjadi contoh –
orang lain akan mengikut amalan yang mulia ini.
5. Boleh membantu
diri/ibu bapa ketika kecemasan/kesempitan wang
Faedah Membaca
1. Menambahkan ilmu
dalam pelbagai bidang
2.
mengukuhkan pemahaman dalam sesuatu pelajaran
3.
Memperbaiki penguasaan / penggunaan bahasa –menambah kosa kata
4.
Dapat mengisi masa
lapang
5.
Mengetahui isu semasa dengan membaca akhbar
6. Mendapat
pengajaran daripada cerita-cerita bermoral
Faedah Membaca
Surat Khabar
1.
Mengetahui perkembangan semasa dari dalam dan luar negeri/negara
2. Memperbaiki
kemampuan berbahasa di kalangan pelajar
3. Meluaskan pengetahuan
dengan membaca ruangan-ruangan
berbentuk pendidikan
4. Mengetahui peluang
pekerjaan – iklan-iklan jawatan kosong
5. Mengetahui ramalan
keadaan cuaca dan harga saham
Subscribe to:
Posts (Atom)
UPSR 53 HARI LAGIIIII
-
Pada minggu lepas sekolah kami telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah. Gotong-royong diadakan bersempena kedatangan p...
-
Faedah-faedah Membaca Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha me...