Sunday, 6 August 2017

ISI PENTING BMP

FAEDAH MEMBACA

1 Menambah ilmu pengetahuan
 Membaca buku cerita boleh menambah ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, sekiranya kita membaca buku sains, kita akan mengetahui tentang banyak perkara yang berkaitan dengan sains. Segala pengetahuan itu kita boleh gunakan dalam pembelajaran mata pelajaran sains di kelas.

2 Memberikan hiburan
Membaca buku cerita yang menarik juga dapat memberikan kita hiburan. Sebagai contoh, Hti kita yang tertekan akan menjadi tenang dengan cerita yang menggembirakan atau melucukan. Apabila kita berasa tenang, mudahlah kita untuk mengulangkaji buku-buku pelajaran pula.

3 meningkatkan penguasaan kita dalam sesuatu bahasa.
Seterusnya, membaca buku cerita dapat meningkatkan penguasaan kita dalam sesuatu bahasa. Sekiranya kita rajin membaca buku cerita dalam bahasa inggeris, penguasaan kita dalam bahasa inggeris akan bertambah baik. Kesannya, mudah untuk kita mengarang dalam bahasa tersebut apabila guru menyuruh kita mengarang cerita.

4 menggunakan masa lapang dengan baik

Membaca buku cerita sebenarnya satu cara untuk kita menggunakan masa lapang dengan baik. Jika kita tidak membaca, mungkin kita menggunakan masa itu untuk bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Kesannya, kemungkinan kita terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat seperti mencuri.